Sayur meranti merupakan sejenis sayuran tradisional yang semakin sukar ditemui. Hal ini kerana generasi muda lebih mengemari sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya. Ada juga yang memanggilnya sayur ranti.
Sayur meranti ini sangat sedap jika dimasak masak lemak ubi keledek. Ia merupakan salah satu masakan kampung yang digemari ramai. Sajian ini juga mampu menjadi menu pembuka selera yang membuatkan kita makan bertambah-tambah.
Makan pula dengan sambal belacan dan ikan kering, memang tak toleh orang belakang dah! Jadi, mari kita cuba resipi lauk kampung ini yang merupakan perkongsian oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim di bawah.
Baca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu
RESEPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK UBI KELEDEK
Bahan-bahan:
- Secekak sayur meranti
- 1 biji ubi keledek (siap dipotong)
- Udang secukupnya
- Ikan bilis/udang kering
- Bawang besar (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Cili merah (dihiris)
- Garam secukup rasa
- Santan kelapa
Cara-cara:
1. Celurkan sayur ranti, kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur ke dalam periuk. Renehkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur yang sudah dicelur tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika supaya udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap.
5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Baca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!