resepi sayur lemak putih

Resepi sayur lemak putih ini sentiasa menjadi pilihan ramai pada waktu makan tengah hari. Bukan sahaja sedap, malah cara penyediaannya juga cukup mudah dan ringkas.

Selain itu, menu ini juga lazat dinikmati bersama budu, ikan goreng dan nasi panas. Memang confirm makan bertambah-tambah!

Kalau ada yang belum pernah merasa sayur lemak putih ini, boleh cuba memasaknya nanti menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Iryani Zaki di bawah.

Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!

RESEPI SAYUR LEMAK PUTIH KELANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan rebus (kembung/selar/selayang)
  • Asam keping
  • Gula nisan
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sejemput lada hitam
  • Sayur-sayuran (kubis, terung, petola, sawi, bunga kubis (boleh letak sayur yang disukai)
  • Garam
  • Santan pekat

Cara memasak:

1. Rebus ikan selayang bersama asam keping, garam, gula dan gula nisan. (boleh guna ikan untuk goreng juga)

2. Kupas bawang merah dan bawang putih. Tumbuk bersama lada hitam dan ikan rebus yang sudah dibuang tulang sehingga lumat.

resepi sayur lemak putih

3. Panaskan periuk/kuali, letak santan dan sedikit air.

4. Biarkan menggelegak guna api sederhana, kemudian baru letak bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.

5. Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Tutup api dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul.

7. Goreng ikan rebus, sediakan budu dan nasi panas. Siap untuk menjamu selera! Selamat mencuba.

resepi sayur lemak putih

Kredit resipi dan gambar: Iryani Zaki

Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN