Biasanya kita dengar tentang sate ayam dan daging, tapi pernahkah anda tahu adanya resepi Sate yang menggunakan tepung?
Sate merupakan makanan yang dibuat daripada potongan kecil daging yang dicucuk dan dipanggang serta enak dimakan bersama kuah yang lazat.
Antara jenis Sate yang sering dinikmati sekarang ialah sate ayam, sate daging dan sate ikan, tapi kami baru saja terjumpa resepi Sate yang luar biasa dengan menggunakan tepung.
Resepi Sate Tepung yang dikongsikan oleh wak yazz di Lemon8 ini nampak sungguh menyelerakan sampai budak-budak pun sukakannya. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!
Bahan-bahan:
Bahan celup:
Bahan sos pencicah:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, letakkan telur, tepung gandum, tepung ubi, bawang putih kisar, serbuk cili, daun bawang dan perasa ke dalam mangkuk.
2. Letakkan air sedikit demi sedikit dan mula kacau. Pastikan jangan terlalu cair atau kental. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan kukus sehingga agak-agak sudah masak.
3. Setelah ia siap dimasak, bolehlah potong mengikut saiz yang dimahukan dan cucuk dengan lidi untuk jadikannya sebagai sate.
4. Selepas itu, masukkan telur dan perasa ke dalam mangkuk, kemudian kacau. Celupkan sate sehingga rata semuanya.
5. Seterusnya, panaskan sedikit minyak masak dalam kuali anti lekat dan goreng sate sehingga kekuningan, kemudian angkat dan toskan.
6. Bagi menyediakan sos pencicah, hanya perlu letakkan cili padi yang telah ditumbuk ke dalam mangkuk kecil bersama kicap manis dan sos cili. Siap untuk dihidang!
Anda boleh jadikan resepi Sate Tepung ini sebagai snek yang lazat untuk dinikmati di rumah, makan panas-panas bersama sos pencicah memang sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: wak yazz
Baca juga: Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…