Categories: Resipi

Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

Hidangan yang boleh dibuat dengan lebihan nasi semalam, tak lain dan tak bukan semestinya Nasi Goreng Kampung simple yang sedap.

Hidangan ini merupakan salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung dan restoran. Senang cerita, di mana-mana pun ada hidangan ini.

Berbeza dengan nasi goreng jenis yang lain, Nasi Goreng Kampung boleh dikenalpasti melalui cara masakan nasi goreng itu sendiri.

Baca juga: Nasi Goreng Ikan Rebus, Nak Tambah Lagi Sedap Kena Letak Bahan ‘Ini’

Selain menggunakan bahan tumis biasa iaitu bawang, biasanya sayur dan ikan bilis turut digunakan. Tambahan lagi, sayur yang biasa digunakan pula ialah kangkung.

Jika anda ada lebihan nasi semalam, bolehlah buat resipi yang dikongsikan oleh Min Meena Manjalara di Facebook ini. Jom kita cuba!

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk ikan bilis, bawang kecil, bawang putih dan cili padi sehingga lumat

2. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau, kemudian masukkan nasi putih.

3. Seterusnya, gaul rata dan masukkan pula sayur kobis, kemudian masukkan kangkung dan lobak merah. Gaul kaup balik serata.

4. Akhir sekali, masukkan garam dan perasa secukupnya. Siap untuk dihidang!

Selain taburkan bawang goreng sebagai hiasan, anda juga boleh hidangkannya bersama timun dan telur mata supaya nampak lebih menarik.

Nasi Goreng Kampung memang terkenal dengan kepedasannya kerana penggunaan cili padi dalam masakan. Namun, anda boleh kurangkan cili jika tak nak terlalu pedas.

Jika anda jadikan hidangan ini untuk makan tengah hari atau malam buat seisi keluarga di rumah, pasti kesedapannya bakal dipuji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Min Meena Manjalara

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kampung, Guna Cara Ini Baru Tak Nampak Pucat

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

11 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

11 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

12 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

12 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago