Categories: Resipi

Resipi Sate Goreng Ini Lagi Mudah Makan, Tak Perlu Cucuk Lidi

Sate yang dicucuk pada lidi dan dibakar sudah biasa dimakan, tapi pernahkah anda mencuba resepi sate goreng?

Sate versi goreng ini lebih mudah dimakan dan selamat untuk diberi kepada anak-anak kerana tidak risau tercucuk lidi.

Menurut empunya resipi, menu ini merupakan resipi turun temurun dari ibunya dan menjadi kegemaran seisi keluarga.

Sate goreng ini juga biasanya dihidangkan bersama ketupat dan sambal kacang. Memang sedap dan mudah untuk disediakan. Jom cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga, Lengkap Bersama Kuah Kacang Lazat

RESEPI SATE GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 10 biji bawang merah saiz besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inch kunyit hidup
  • 1 inch lengkuas
  • 1 inch halia
  • 1 senduk serbuk kunyit
  • 2 senduk gula putih
  • 1 senduk besar ketumbar
  • 1 senduk besar jintan manis
  • 2 senduk besar jintan putih
  • 2 senduk minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Pertama sekali, hiriskan daging melintang dari uratnya supaya daging lebih mudah empuk. Hiris nipis-nipis.

2. Lebih kurang begini hirisan untuk buat sate goreng. Kemudian cucikan bersih dan toskan airnya.

3. Dalam mangkuk yang berisi daging. Masukkan bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas beserta kunyit. Gaulkan rata. Masukkan sekali dalam 1 senduk serbuk kunyit untuk naikkan warna masakan.

4. Masukkan gula dan gaul rata. Jangan kurang sangat manis sebab sate boleh jadi masam jika gula terlalu sedikit. Boleh kurangkan juga mengikut selera masing-masing.

5. Cuci bersih jintan manis dan jintan putih, kemudian sangai sampai naik bau. Berbeza rasa berbanding beli yang serbuknya sahaja.

6. Setelah disangai, kisar kering sehingga halus dan masukkan ke dalam daging tadi. Gaulkan rata. Tutupkan daging. Perapkan selama lebih kurang 4 jam. Kalau nak biarkan semalaman pastikan simpan dalam peti ais.

7. Setelah diperap, masukkan 2 senduk minyak masak dan gorengkan sate tadi. Tutupkan kuali biarkan sehingga daging empuk. Jangan lupa untuk kaupkan selalu di bahagian bawah supaya tidak hangus.

8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi impit dan sambal kacang. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurhayati Maleq

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Mudah, Tanpa Santan Pun Tetap Sedap & Berlemak

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago