Mesti ramai yang dah tahu resepi sambal udang petai kan? Namun begitu, pasti ada yang baru nak belajar masak menu ini. Jadi masih belum terlambat untuk belajar memasaknya.
Siapa suka petai, boleh tambahkan petai pada akhir masakan jika suka tekstur yang rangup. Jika suka petai yang lembut, biarkan menggelegak selama beberapa minit.
Walaupun petai mempunyai bau yang kurang senang, tapi rasanya sedap dan bagus untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, anemia dan banyak khasiat lain lagi.
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
1. Cuci bersih udang. Keluarkan isi perut udang yang berada di punggung, bentuknya mirip dengan tali tipis berwarna hitam. Cuci hingga bersih.
2. Lumurkan udang yang sudah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Kemudian panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak.
4. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan belacan.
5. Guna bekas minyak goreng udang tadi, tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi. Gaul rata sehingga sedikit kekuningan.
6. Masukkan 3 sudu makan cili kering yang sudah siap direbus dan dikisar.
7. Perasakan dengan gula, garam dan ajinamoto jika suka.
8. Bila sambal dah pecah minyak, baru masukka udang yang sudah goreng tadi. Masukkan sekali air udang. Gaul rata dalam 3 minit.
8. Kemudian masukkan bawang yang dihiris secara membulat. Kacau rata.
9. Siapa suka petai, boleh letakkan petai. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Ameera
Baca juga: Resipi Udang Goreng Kunyit Style Dato’ Rizalman, Pasti Membuka Selera!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…