resepi sambal tempoyak

Sesiapa saja pasti akan terliur dengan resepi sambal tempoyak sardin petai ini. Ia merupakan masakan kampung yang sangat membuka selera!

Nak buat masakan ini wajib ada tempoyak. Musim durian ini sesuai sangat kalau nak buat stok tempoyak. Mudah bila nak masak ikan patin, sambal tempoyak dan lain-lain.

Kalau ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah. Gaul dengan nasi panas-panas, fuhh memang mantap! Ikut saja resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Masak Tempoyak Daun Kayu, Masakan Kampung Yang Lazat & Menyelerakan

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK SARDIN PETAI

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Tempoyak
  • 1 tin ikan sardin
  • Garam
  • Petai

Cara-cara:

 1. Asingkan ikan sardin dan kuahnya. Ketepikan seketika.

2. Kisar cili padi, bawang putih dan bawang merah menggunakan chopper.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan garing.

4. Kemudian, tuangkan air secukupnya. Masukkan pula tempoyak dan kacau rata.

5. Seterusnya, perasakan dengan gara secukupnya.

6. Biarkan sambal pekat dan pecah minyak.

7. Kemudian, baru masukkan sardin yang sudah diasingkan dengan kuah.

8. Akhir sekali, masukkan petai. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi sambal tempoyak

Lihat video penuh:

@madammusfirah

Replying to @nuhanaufal al fatihah utk arwah ibu. tak sanggup nak bayang kalau hilang insan paling bermakna utk kita😭😭😭 . Lauk hari ni ai masak: 💗Sambal Tempoyak Sardin Petai 💗Kailan Tumis Sos Tiram + Fish Cake #CookingVideos #fypシ゚viral #fypシ #tiktokfood #masakankampung #kampungvibes #laukkampung #TikTokFoodRecipes

♬ son original – 🎵 – 🎵

Kredit resipi: madammusfirah

Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang ‘Confirm’ Bertambah Nasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN