Resepi sambal sotong kembang sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Bahan tumisannya sama saja seperti membuat sambal udang dan sambal sotong biasa.
Namun begitu, sotong kembang ini sedikit berbeza dari sotong biasa kerana ia akan menjadi liat dan keras jika salah cara memasak.
Oleh itu, mari kita sama-sama pelajari teknik dan tips memasak sambal sotong kembang agar lembut elok dan tidak keras.
Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Hanim Hassan:
“Dah lama tak masak sambal sotong kembang. Dulu mula-mula masak sotong ni, susahnya nak lembut.
Satu hari tu, ternampak seorang pekerja di sebuah restoren sedang menggoreng sotong ni.
Lalu saya tanya beliau goreng sotong kembang tu nak masak apa. Katanya, sotong ni digoreng hingga kering airnya supaya jadi lembut bila masak sambal.
Dalam hati berkata, patutla sambal sotong kembang kat kedai ni lembut dan sedap..
Semenjak hari tu, saya pun mempraktikkan ilmu dari si tukang masak.
Moga Allah terus memberi pahala kepada si tukang masak tu apabila ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada saya dan orang lain.”
Cara-caranya:
1. Letak sedikit minyak dan goreng sotong kembang sehingga airnya kering supaya lembut apabila dimasak sambal nanti.
2. Dalam kuali lain, tuangkan minyak masak dan masukkan cili kering, bawang merah dan sedikit bawang putih yang sudah dikisar.
3. Tumis sehingga kering dan pecah minyak. Tuangkan juga air asam jawa, perisakan dengan gula dan garam, serta letakkan air.
4. Apabila sudah kering, baru masukkan sotong tadi. Biarkan seketika sehingga sambal bersalut pada sotong. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hanim Hassan, Roskaryati Abu Bakar
Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Sedap Makan Lepas Siap Masak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…