resepi sambal sedap

Anda wajib cuba resepi sambal sedap ini. Guna bahan ringkas saja tapi hasilnya memang padu lain macam! Dah tak perlu beli sambal di kedai lagi.

Sambal ini sesuai dimakan dengan ikan keli, ayam penyet, atau apa-apa jenis lauk pun tetap sedap. Memang boleh buat makan bertambah-tambah!

Baca juga: Cara Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Punyalah Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESEPI SAMBAL SEDAP

resepi sambal sedap

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis
  • Belacan (ikut suka)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah (ikut tahap pedas)
  • Tomato
  • Gula merah secukup rasa (boleh ganti gula pasir)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan seketika.
  2. Dalam minyak yang sama tadi, masukkan belacan dan biarkan sampai naik bau.
  3. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis sampai layu.
  4. Tambah cili dan tomato, goreng sekejap hingga lembut.
  5. Kisar semua bahan yang telah digoreng tadi bersama minyak masak secukupnya.
  6. Tuang semula dalam kuali dan masak sehingga pecah minyak.
  7. Perasakan dengan gula merah dan garam secukupnya.
  8. Siap dihidangkan! Sesuai dimakan dengan ikan keli, ayam penyet atau lauk kegemaran.

Sumber resipi dan gambar: Mastuty Ramli

Baca juga: Tip Buat Sambal Yang Sedap, Warna Kena ‘Naik’ & Bersinar Macam Ini Baru ‘Kick’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN