Resepi sambal sardin ini sering menjadi pilihan ramai apabila tiada idea untuk masak apa.
Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap. Makan pula dengan nasi panas, confirm makan bertambah!
Kalau ada yang first time nak masak sambal sardin ini, jom ikuti resipi perkongsian oleh Puan Liza Idris di bawah.
Baca juga: Resipi Sambal Gesek Nogori, Menu Simple Tapi Cukup Menyelerakan!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Buka tin sardin, asingkan isi dan kuah.
2. Goreng isi ikan dulu. Guna air fryer senang, tak risau meletup jika digoreng.
Jika nak menggoreng atas dapur gas, letakkan 1 sudu tepung jagung ke dalam minyak sebelum menggoreng sardin.
3. Dalam masa yang sama, goreng ubi kentang yang dipotong dadu. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis bawang holand dan bawang putih sampai naik bau.
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Kacau sebati, kemudian masuk kuah ikan sardin yang ditapis tadi. Kacau lagi.
6. Masukkan setengah cawan air asam jawa.
7. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
8. Campakkan juga cili padi dan bawang holland.
9. Masukkan pula isi ikan dan kentang goreng.
10. Letakkan tomato dan gaul sebati. Tuangkan juga sedikit kicap.
11. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Liza Idris
Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…