resepi sambal penyet

Buat sesetengah orang, tidak lengkap rasanya jika makan nasi tanpa sebarang sambal. Kalau kalian dah selalu makan sambal belacan, kali ini apa kata jom kita cuba resepi sambal penyet ini pula.

Selain dimakan dengan ayam penyet, ia juga sesuai dimakan bersama aneka lauk-pauk yang lain. Bahkan jika makan dengan telur dan nasi putih saja pun pasti terasa kenikmatannya.

Resipi yang dikongsikan oleh Cik Kikie ini dijamin dapat memikat hati sesiapa sahaja yang menjamahnya. Memang akan auto jatuh cinta! Jadi, kalian jangan lupa cuba di rumah ya!

Baca juga: Resipi Sambal Belacan Guna 3 Bahan Je, Tapi Rasa Bukan Main ‘Power’!

RESEPI SAMBAL PENYET KETAGIH

Bahan-bahan:

  • Cili hidup merah 3 tangkai
  • Cili api kampung ½kg
  • Bawang besar 4 biji (saiz sederhana) boleh guna bawang merah kecil juga kalau tak nak bawang besar
  • Bawang putih 4@5 ulas
  • Tomato 1 biji
  • Belacan ½ inci (boleh letak lebih jika suka)
  • Ikan bilis lebih kurang segenggam 
  • Minyak
  • Garam
  • Ajinomoto/perasa (kalau suka)

Cara-cara:

1. Goreng cili merah, cili api kampung, bawang besar, bawang putih, tomato, belacan dan ikan bilis sehingga layu dan garing.

2. Boleh angkat dan biarkan sejuk seketika. Seterusnya kisar tanpa letakkan air. Kalau nak tumbuk pun boleh, lebih sedap. Pastikan jangan kisar/tumbuk terlalu halus.

3. Kemudian, guna minyak yang sama tadi, tumis semula sehingga sedikit garing. Perasakan dengan garam dan ajinomoto/kiub ayam jika suka.

4. Tak perlu letak gula sebab tomato dan bawang besar dah cukup manis. Tapi terpulang pada selera masing-masing, boleh letak gula jika suka.

resepi sambal penyet

5. Simpan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

resepi sambal penyet

Kredit resipi dan gambar: Cik Kikie

Baca juga: Mudah Sangat Cara Buat Sambal Pijak Gajah Ni, Guna 4 Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN