Categories: Resipi

Cara Buat Sambal Hijau Yang Pedas Terangkat, Sedap Sampai Semua Pakat Tanya Resipi!

Sambal hijau ini adalah resipi yang mudah untuk dicuba. Dengan hanya lima bahan asas dan cara penyediaan yang ringkas, anda sudah boleh menghasilkan sambal yang lazat!

Ia bukan sahaja enak dimakan bersama ayam goreng atau ikan goreng, tapi juga sangat sedap dinikmati dengan lempeng atau cekodok. Rasa pedas-pedas manja pasti membangkitkan selera dan menjadikan hidangan anda lebih istimewa.

Jadi, mari kita lihat bahan-bahan dan langkah untuk membuat sambal ini. Lebih baik jika anda buat stok banyak sekali gus, supaya boleh dinikmati bila-bila masa.

Baca juga: Tips Sambal Telur Rebus Padu, Ada 1 Rahsia Untuk Sambal Jadi Cantik Kemerahan, Ini Caranya…

RESEPI SAMBAL HIJAU ALA PADANG

Bahan-bahan:

  • ½ cawan minyak masak
  • 5 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang merah
  • 30 tangkai cili api hijau
  • 1 biji tomato hijau

Cara-cara:

  1. Rebus semua bahan di atas, kemudian toskan.
  2. Cincang kasar semua bahan kecuali minyak, atau tumbuk (boleh guna chopper untuk memudahkan kerja).
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, dan tumis bahan yang dicincang kasar.
  4. Apabila naik bau, masukkan garam, gula, dan serbuk perasa jika mahu.
  5. Kacau hingga sebati, dan sambal siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie

Baca juga: Resipi Sambal Terung Berlado, Ikut Tips Ini Agar Tak Serap Minyak

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago