resepi sambal belacan siam

Hidup rasa tak lengkap jika tak dapat menjamu selera bersama sambal yang sedap. Oleh itu, kami nak kongsikan resepi Sambal Belacan Siam untuk anda cuba buat pada hari ini.

Jika di Malaysia, Sambal Belacan Siam boleh dijumpai di restoran makanan Thai. Apabila tekak sudah teringin, anda boleh buat sendiri di rumah kerana sambal ini sangat mudah dimasak.

Rozmaliza Omar telah sudi kongsikan resepi Sambal Belacan Siam yang bukan saja mudah dan ringkas, malah hasilnya sedap dan cukup beraroma. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sambal Bangkok Yang Tak Cepat Rosak, Sedap Menyengat!

RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM

resepi sambal belacan siam

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk cili padi merah
  • ½ mangkuk cili padi hijau
  • 1 labu bawang putih
  • 1 labu bawang besar holland
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 inci belacan
  • 5 hingga 6 sudu besar cuka makan
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bakar bawang putih, bawang besar holland dan belacan terlebih dahulu.

2. Setelah itu, kisar semua bahan yang dibakar bersama cuka dan air asam jawa. Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk besar.

3. Seterusnya, masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau sehingga rata dan nampak berkilat. Siap untuk digunakan!

resepi sambal belacan siam

Bagi menambahkan kesedapan dan aroma Sambal Belacan Siam ini, boleh juga tambah 1 labu bawang putih jeruk bersama airnya sekali dan hasilnya pasti buat anda terkejut nanti.

Setelah selesai membuat Sambal Belacan Siam ini, anda boleh hidangkan bersama ikan rebus yang digoreng serta ulam-ulaman. Selain itu, ia juga enak dicicah dengan terung bakar.

Jika suka, anda boleh nikmati Sambal Belacan Siam ini bersama kuih goreng seperti popia, keropok lekor, jemput-jemput dan sebagainya.

Sesetengah orang suka buat stok sambal di rumah, jadi kami yakin resepi Sambal Belacan Siam ini pasti membuatkan anda teruja untuk membuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Cara Buat Sambal Tanpa Belacan, Resipi Dari Bibik Ini Boleh Tahan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN