resepi roti tepek

Waktu dulu setiap kali balik kampung mesti terbau wangi minyak sapi dari dapur semasa nenek sedang menyiapkan resepi Roti Tepek untuk sarapan. Nampak ringkas, tapi itulah yang buatkan ia istimewa.

Roti Tepek atau dipanggil juga sebagai Debab Nyo merupakan sejenis roti tradisional kampung yang dibuat tanpa menggunakan yis dan sangat popular di negeri Perak.

Resepi Roti Tepek oleh Fikri Hisham di Facebook katanya berasal dari arwah opah beliau sendiri dengan rasa dan cara buatnya yang masih kekal klasik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Paling Mudah, Tak Sampai 10 Minit Sudah Siap!

RESEPI ROTI TEPEK

resepi roti tepek

Bahan-bahan doh:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 7 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar.

2. Tambahkan minyak sapi, susu pekat dan garam. Gaul rata sampai adunan jadi macam serbuk roti.

3. Kemudian, tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli sampai doh jadi lembut, licin dan tak melekat pada tangan.

4. Selepas itu, tutup bekas dengan kain bersih atau plastik wrap, perap semalaman supaya doh kembang cantik.

resepi roti tepek

5. Apabila sudah kembang, ambil sedikit doh dan canai sampai leper (seperti roti puri).

6. Seterusnya, bakar atas kuali leper tanpa minyak guna api sederhana. Apabila nampak doh mula naik gelembung, terbalikkan.

7. Akhir sekali, goreng dalam minyak panas penuh sampai keperangan dan menggelembung cantik, angkat dan toskan minyaknya. Siap untuk dinikmati!

Tips tambahan:

  • Pastikan minyak betul-betul panas supaya roti berkembang cantik.
  • Nak rasa lebih berlemak, boleh lebihkan sedikit minyak sapi dalam doh.

Selamat mencuba!

Sumber: Fikri Hisham

Baca juga: Cara Buat Roti Puri Tanpa Guna Yis, Dah Sejuk Pun Tetap Kembang Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN