PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-02 03:47:52

Hari ini kami akan kongsikan satu resepi iaitu roti sosej. Resepi ini sangat mudah dan sesuai disediakan sama ada untuk hidangan segera atau dibuat sejuk beku. Pastinya anak-anak anda akan gemarkan roti sosej ini. Jika inginkan alternatif yang lebih sihat, tukarlah kepada homemade sosej dan juga roti bergandum penuh agar anda sekeluarga mendapat nutrien yang maksima. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari Nora Habsah Shahid di Facebooknya. Selamat mencuba ya!

 

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung roti (high protein)
  • 70 gm gula kastor
  • 30 gm susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh dough softener
  • 7 gm yis
  • 1 biji telur & air sejuk= 280-300ml (satukan sekali)
  • 60gm butter/ marjerin
  • Secubit garam

Kredit: Nora Habsah Shahid

 

Cara-cara;

1. Griskan Loyang. (untuk letak doh yang sudah di bentukkan)

2. Satukan semua bahan- bahan uli hingga doh licin dan elastic (saya guna breadmaker. Saya uli dalam 25-30 minit)

3. Bentukkan dan perap hingga 2x ganda

4. Bakar pada suhu 180c sehingga masak (masa & suhu bergantung pada oven masing-masing)

 

         

Kredit: Nora Habsah Shahid

 

Kredit: Nora Habsah Shahid

 

Selamat Mencuba

Kredit: Nora Habsah Shahid

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN