Categories: Resipi

Cara Buat Roti Puri Yang Sedap, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!

Resepi roti puri adalah pilihan tepat jika anda mahukan sarapan yang mudah dan sedap. Dengan cara ini, anda akan dapat roti puri yang kembang, lembut, dan gebu. Ia sangat sedap dicicah dengan kari atau hidangan kegemaran lain.

Tak perlu risau tentang bahan-bahan yang rumit atau teknik yang sukar. Semua bahan yang diperlukan sangat mudah didapati, dan cara penyediaannya juga sangat ringkas. Hanya beberapa langkah mudah, dan anda sudah boleh menikmati roti puri yang lazat.

Jadi, jom kita lihat bagaimana cara membuat roti puri yang sedap ini dan pastikan anda mencubanya di rumah!

Baca juga: Resipi Kuah Gulai Kosong, Boleh Makan Dengan Apa Saja!

RESEPI ROTI PURI SEDAP, KEMBUNG DAN LEMBUT

Bahan-bahan:

Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Perap adunan sehingga kembang. Setelah kembang, tumbuk adunan untuk membuang angin.
  3. Bulatkan adunan menjadi bebola kecil.
  4. Lenyekkan bebola adunan dengan penggelek hingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya lebih mudah untuk menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Minyak perlu banyak dan api perlu dalam keadaan sederhana.
  6. Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi ke dalam minyak panas. Goreng satu persatu.
  7. Semasa menggoreng, sapukan minyak ke atas roti. Apabila roti sudah kembung, terbalikkan dan masak hingga kekuningan. Angkat.

Tips:

  1. Pastikan minyak benar-benar panas. Jika tidak cukup panas, roti akan menjadi leper dan tidak kembung.
  2. Gelekkan adunan tepung siap-siap untuk memudahkan proses menggoreng. Proses menggoreng hanya mengambil masa yang singkat.

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida

Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago