Categories: Resipi

Resipi Roti Pizza Dengan Topping Ringkas, Masak Guna Air Fryer 8 Minit Dah Boleh Makan!

Roti pizza antara menu sarapan yang mudah disediakan kalau nak makan sesuatu yang cepat tetapi tetap mengenyangkan. Tak perlu uli doh atau tunggu doh naik, gunakan roti sahaja sebagai asas.

Resipi ini sesuai dibuat untuk sarapan, minum petang atau dijadikan kudapan bila terasa nak makan pizza. Bahan-bahannya juga mudah dan boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di dapur.

Lebih menarik, roti pizza ini hanya perlu dibakar menggunakan air fryer selama 8 minit pada suhu 180°C. Hasilnya roti jadi rangup di bahagian tepi, manakala keju pula cair dan menyelerakan.

Baca juga: Resepi Roti Bun Inti Buttermilk, Gebu Dan Lembut, Sekali Cuba Terus Nak Buat Lagi

RESEPI ROTI PIZZA

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti
  • Sos tomato atau sos spaghetti
  • Mozzarella cheese
  • Bawang holland
  • Cili benggala (campur-campur warna)
  • Sosej

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapukan sos tomato atau sos spaghetti secukupnya di atas setiap keping roti.
  2. Susun bawang holland, lada benggala dan sosej yang telah dipotong di atas roti.
  3. Taburkan mozzarella cheese secukupnya.
  4. Susun roti di dalam bakul air fryer.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 8 minit atau sehingga roti garing dan keju cair.
  6. Keluarkan dan potong mengikut saiz yang diingini. Roti pizza siap untuk dinikmati.

Sumber: Atieqah Bahrin

Baca juga: Cara Buat Roti Loaf Putih, Uli Pakai Tangan Pun Tetap Jadi Lembut & Gebu

Wan N

Recent Posts

Arwah Tak Mahu Ilmunya Hilang, Sanggup Ajar Jiran Buat Kuih Bakar Pandan Bijan Ini

Bukan sekadar manis dan lemak berkrim, kuih bakar pandan bijan ini menyimpan kisah menyentuh hati…

1 hour ago

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

18 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

19 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

20 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

21 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

21 hours ago