Roti pizza antara menu sarapan yang mudah disediakan kalau nak makan sesuatu yang cepat tetapi tetap mengenyangkan. Tak perlu uli doh atau tunggu doh naik, gunakan roti sahaja sebagai asas.
Resipi ini sesuai dibuat untuk sarapan, minum petang atau dijadikan kudapan bila terasa nak makan pizza. Bahan-bahannya juga mudah dan boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di dapur.
Lebih menarik, roti pizza ini hanya perlu dibakar menggunakan air fryer selama 8 minit pada suhu 180°C. Hasilnya roti jadi rangup di bahagian tepi, manakala keju pula cair dan menyelerakan.
Baca juga: Resepi Roti Bun Inti Buttermilk, Gebu Dan Lembut, Sekali Cuba Terus Nak Buat Lagi
RESEPI ROTI PIZZA

Bahan-bahan:
- 3 keping roti
- Sos tomato atau sos spaghetti
- Mozzarella cheese
- Bawang holland
- Cili benggala (campur-campur warna)
- Sosej
Cara-cara penyediaan:
- Sapukan sos tomato atau sos spaghetti secukupnya di atas setiap keping roti.
- Susun bawang holland, lada benggala dan sosej yang telah dipotong di atas roti.
- Taburkan mozzarella cheese secukupnya.
- Susun roti di dalam bakul air fryer.
- Bakar pada suhu 180°C selama 8 minit atau sehingga roti garing dan keju cair.
- Keluarkan dan potong mengikut saiz yang diingini. Roti pizza siap untuk dinikmati.
Sumber: Atieqah Bahrin
Baca juga: Cara Buat Roti Loaf Putih, Uli Pakai Tangan Pun Tetap Jadi Lembut & Gebu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

