Kita hanya boleh nampak Roti Jala dijual di bazar ketika bulan Ramadan dan Syawal, tapi pernahkah anda cuba resepi Roti Jala dan membuatnya sendiri di rumah?
Roti Jala merupakan sejenis makanan popular di Melayu Sumatera yang asalnya lempeng. Sesiapa pun takkan menolak untuk memakannya.
Hidangan ini berbentuk jala dan diletakkan pewarna kuning, diilhamkan dari nelayan zaman dulu yang menggunakan benang berwarna kuning atau jingga untuk membuat jaring.
Baca juga: Cara Buat Roti Jala Guna Sukatan Cawan, Boleh Dapat 85 Keping!
Antara bahan asas yang digunakan dalam resepi Roti Jala ialah tepung gandum, gula, garam dan santan.
Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan Roti Jala yang dimasak di atas kuali leper.
Sebenarnya ada cara terbaik untuk memastikan Roti Jala anda tahan lebih lama. Ikut saja langkah yang dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Gaul sebati atau kisar menggunakan alat pengisar sehingga bahan menjadi halus.
2. Tapis dan perap sekejap.
3. Untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak pada permukaan kuali.
Rahsia untuk jadikan Roti Jala anda tahan lebih lama adalah dengan mengelak untuk menggunakan santan dalam adunan.
Tak perlu tunggu bulan puasa atau raya, sekarang anda boleh nikmati Roti Jala ini dan jadikannya sebagai minum petang pada bila-bila masa.
Roti Jala sangat enak dimakan dengan mencicahnya ke dalam kari ayam atau daging. Jika tak percaya, kenalah mencubanya!
Jika ingin jadikannya lebih kreatif, anda boleh mengolah resepi Roti Jala ini dengan pelbagai warna yang menarik lagi.
Selama ini ramai yang fikir membuatnya cukup renyah, tapi dengan resepi Roti Jala ini, anda boleh dapatkan tektur yang lembut dan tak mudah rosak.
Selamat mencuba!
Sumber: Raja Amanina
Baca juga: Cara Buat Roti Jala Coklat Yang Lembut & Kurang Manis, Siap Ada Sos Cicah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…