resepi roti canai

Resepi roti canai ini sebiji sama seperti makan di kedai mamak, malah teksturnya juga jauh lagi lembut!

Siapa yang suka makan roti canai, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Sarina Saary ini.

Kalau buat sendiri dijamin lagi puas hati dan kebersihannya terjamin! Bukan itu saja, cara membuatnya juga cukup mudah dan tak renyah.

Baca juga: Cara Betul Panaskan Roti Canai Frozen, Baru Lembut Elok & Tak Keras!

RESEPI ROTI CANAI ALA MAMAK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu kfc garam
  • 1 sudu besar marjerin (tapi jangan penuh sangat)
  • 1/2 sudu gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • Sepotong air limau nipis (supaya tak jemu bila makan)

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan di atas. Uli sehingga sebati.

2. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit sambil uli. Kuantiti air dalam 200 gram.

3. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 

4. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.

5. Selepas itu, bulat-bulatkan doh sehingga adunan habis. Akan dapat kuantiti dalam 16 biji.

6. Bila dah bulat-bulatkan, ambil marjerin dan sapu pada roti yang sudah dibulatkan tadi. Lebihkan marjerin, jangan terlalu sedikit.

7. Masukkan dalam bekas, uli sehingga habis. Kemudian perap selama 1 jam.

8. Selepas 1 jam, sudah boleh ditebar. Kalau tak pandai tebar, boleh tarik sahaja.

resepi roti canai

9. Lipatkan roti.

10. Cara bakar juga memainkan peranan. Pastikan api perlahan dan selalu terbalik-balikkan. Jangan terlalu garing juga, barulah lembut.

resepi roti canai

11. Sedia untuk dinikmati, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sarina Saary

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN