Categories: Resipi

Resipi Roti Boyan Asli Singapura, Buat Bentuk ‘Mini’ Supaya Lagi Senang Makan

Roti boyan merupakan salah satu hidangan yang terkenal di Singapura, ia cukup sedap jika dimakan dengan sambal tumis. Namun begitu, sekarang sudah susah mencari orang yang menjualnya.

Oleh itu, apa kata jom cuba buat sendiri saja jika ada yang mengidam nak makan. Kalau buat sendiri, anda boleh bentukkan dalam saiz yang lebih kecil supaya senang dimakan.  Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti perkongsian lengkap oleh Lbs Qolbi di bawah.

Baca juga: Bihun Goreng Singapore Resipi RINGKAS, Makan Dengan Kicap Sedap Sangat!

RESEPI ROTI BOYAN SINGAPURA

Bahan-bahan inti:

  • Kentang
  • Bawang besar
  • Daun sup
  • Garam
  • Telur
  • Cili merah
  • Serbuk lada hitam

Cara buat inti:

1. Rebus kentang dan lecel. Tambah hirisan bawang besar, daun sup, garam, telur (mentah), cili merah, serbuk lada hitam. Gaul sebati.

2. Telur lebih sikit, intinya perlu cair bukan kental macam begedil.

3. Kalau tak nak pedas, tak perlu letak cili. Kalau sika pedas,lebihkan pedas cili padi dan cili merah. Kalau tak suka bawang, tak perlu letak.

Bahan-bahan kulit:

  • Tepung
  • Telur
  • Mentega
  • Garam
  • Air suam

Cara buat kulit:

1. Satukan tepung, telur, mentega, garam dan air suam. Uli sehingga sebati.

2. Kemudian, bulat-bulatkan macam roti canai. Tak payah perap, boleh terus giling.

3. Rupa Roti Boyan yang asli, giling dapat 2 keping dan saiz besar macam pizza. Letak inti atas kulit dan letak lagi sekeping kulit tadi atas inti, kelim keliling macam karipap atau tekan dengan garfu.

4. Nak mudah, buat macam roti canai, letak inti dan lipat. Jangan padat intinya, bagi ruang bernafas. Masa goreng dia akan naik sebab ada telur. Jangan giling nipis sangat, nanti susah nak angkat sebab inti dia cair.

5. Goreng minyak sikit saja macam nak goreng roti canai tu.

RESEPI SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (hiris nipis)
  • Bawang Putih (cincang)
  • Ikan bilis & udang kering (tumbuk)
  • Sedikit belacan

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan udang kering tumbul.

2. Masuk cili mesin, tumis sampai pecah minyak beberapa kali. Masukkan ikan bilis.

3. Perasakan dengan garam, gula dan gula perang. Lebihkan sedikit gula putih, tak perlu  kacau. Biarkan kejap sampai dia caramelize baru gaul-gaul lagi sampai berkilat.

4. Apabila dah kilat, tambah air asam jawa atau asam keping bersama sedikit kicap. Kacau sampai dia pecah minyak lagi.

5. Masukkan hirisan bawang yang dipotong kasar, gaul dalam seminit. Siap.

Info:

  • Sukatannya main agak-agak saja
  • Untuk kulit, janji uli sampai takmelekat kat tangan. Kalau terlembik, tambah saja tepung. Kalau keras tambah air sedikit…
  • Anggaran 3 cawan tepung, dapat 9 biji roti boyan mini.

Kredit resipi dan gambar: Lbs Qolbi

Baca juga: Resipi Lempeng Kampung, Ikut Cara Ini Dijamin Gebu & Lembut Elok

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago