rendang ayam pencen

Ramai yang menggemari rendang daging, ayam atau kerang tetapi rendang ayam pencen cili api ini lebih istimewa dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Rendang ini dimasak dengan pelbagai ramuan sehingga terbit minyak yang dipanggil minyak santan. Minyak inilah yang menjadikan rasa rendang lebih sedap dan penuh perisa.

Rendang ayam pencen cili api juga sedap dimakan kerana isi pejal dan empuk dengan caranya yang tersendiri. Lagi sedap jika dapat meratah bahagian ‘kopeh’.

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh rujuk resipi yang dikongsikan oleh Encik Ben Safwan menerusi laman sesawang Facebook miliknya di bawah. 

Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!

Resepi Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan

rendang ayam pencen

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam pencen sekitar berat 2.4 kilogram dipotong kecil, bersih dan buang lemak semua
  • 4 sudu makan kunyit hidup kisar yang dikisar dengan air minima
  • 15-25 cili kampung
  • 3 batang serai saiz besar potongan 7-8 cm setiap sebatang
  •  3 sudu makan tak membukit garam Halalgel Pink
  • 1 sudu makan Hilal serbuk perasa
  • 2 kilogram santan segar
  • 1 keping asam keping
  • Daun puding belacan

Cara memasak:

1. Kisar kunyit hidup, cili kampung dan serai dengan 500 ml air. Kemudian masukkan ke dalam bahan kisar ke dalam kuali beserta ayam yang sudah dicuci dan dipotong kecil.

2. Masukkan 3 sudu makan tak membukit garam Halalgel Pink (kurang masin berbanding garam biasa ) dan 1 sudu makan Hilal serbuk perasa. 

3. Buka api dan masak sampai mendidih. Kemudian tutup kuali dengan penutup ( pastikan ada terbuka sikit bagi wap keluar). Reneh guna api sederhana selama 2 jam supaya ayam pencen empuk.

4. Masukkan 2 kilogram santan segar dan 1 keping asam keping. Guna api sederhana kecil dan masak lagi selama 1 jam 30 minit. Masukkan juga daun puding belacan.

5. Bila dah siap, keluarkan asam keping. Minyak yang terhasil adalah minyak santan, memang sedap dimakan bersama ketupat.

rendang ayam pencen

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan

Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN