resepi puding trifle

Tercari-cari idea untuk jamuan raya sekolah anak? Tak perlu pening kepala, ibu-ibu boleh cuba resepi puding trifle versi mini ini.

Bukan saja sedap, saiznya yang kecil juga mudah untuk diagih dan dimakan. Kalau buat dalam saiz yang besar, anak-anak akan berebut untuk menceduk.

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh rujuk resipi perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Cik Ijan di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak

RESEPI PUDING TRIFLE VERSI MINI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kek swiss roll (warna hijau perisa pandan)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 3 sudu besar membukit tepung kastard
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 tin buah tropika
  • 1 jelly konyaku perasa strawberry

Cara-cara penyediaan:

1. Potong kek gulung mengikut ketebalan yang disukai. Kemudian isikan ke dalam bekas dan mampatkan sedikit (boleh tekan guna sudu).

resepi puding trifle

2. Titikkan sedikit air dari buah-buahan dalam tin ke atas kek gulung untuk lembapkan kek tersebut agar tidak terlalu kering bila dimakan.

3. Untuk lapisan kastard, campurkan 1 tin susu cair, 1 tin air, 3 sudu besar membukit tepung kastard dan 4 sudu besar gula. Aduk rata kesemua bahan ini dalam periuk dan pastikan tepung tidak berketul.

4. Kemudian baru hidupkan api, kacau sentiasa sehingga likat. Bila kastard dah meletup-letup, tutup api dan sudukan ke atas kek tadi. Ratakan.

5. Seterusnya, susun buah di atas lapisan kastard. Boleh potong buah dengan lebih kecil jika terlalu besar. Tekan sedikit buah tersebut sehingga sedikit tenggelam.

6. Masak jelly konyaku mengikut arahan pada belakang peket. Apabila sudah larut dan mendidih, ceduk atau senduk ke atas buah tadi.

7. Tutup bekas dengan penutup dan boleh sejukkan di dalam peti sejuk. Selamat mencuba!

resepi puding trifle

Kredit resipi dan gambar: Facebook Cik Ijan via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Resipi Puding Coklat Milo Yang Kurang Manis, Tekstur Pun Lebih Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN