Categories: Resipi

Resipi Puding Kopi Susu Yang Lembut Dan Wangi, Sangat Mudah Nak Buat!

Kalau bosan dengan pencuci mulut yang sama, apa kata cuba resipi puding kopi susu corak ini. Rasanya lemak manis dengan aroma kopi yang wangi, ditambah pula tekstur lembut agar-agar memang sesuai dimakan sejuk-sejuk dari peti ais.

Resipi puding kopi ini sangat mudah dibuat, hanya guna bahan asas dapur seperti agar-agar serbuk, gula, kopi dan susu kotak. Bila digabungkan dua lapisan, hasilnya nampak cantik berlapis. Jom cuba buat!

Baca juga: Resipi Puding Karamel Pandan Tanpa Guna Telur, Lagi Ringan & Tak Perlu Kukus!

RESEPI PUDING KOPI SEDAP DAN SEJUKKAN TEKAK

Langkah 1 (Agar-agar Kopi)

Bahan-bahan:

  • 1 camca kecil serbuk agar-agar
  • 2 cawan air biasa
  • ¼ cawan gula
  • 1 camca kecil kopi segera

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, masak atas api sederhana hingga larut.
  2. Bila siap masak, tapis dan tuang ke dalam loyang.
  3. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 30 minit hingga mengeras.

Langkah 2 (Agar-agar Susu)

Bahan-bahan:

  • 2 camca kecil serbuk agar-agar (lebih kurang 10g untuk keseluruhan resipi ini)
  • ¼ cawan gula
  • 2 cawan susu kotak (boleh lebih kan dalam ¼ cawan lagi mengikut selera)
  • 1 camca kecil kopi (boleh guna sama seperti langkah 1 atau tukar perisa lain)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan, masak atas api hingga larut.
  2. Biarkan seketika sementara potong kecil-kecil agar-agar dari Langkah 1.

Cara susunan corak:

  1. Masukkan separuh potongan agar-agar kopi (Langkah 1) ke dalam bekas.
  2. Tuang campuran agar-agar susu (Langkah 2) ke atasnya.
  3. Akhir sekali, masukkan baki agar-agar kopi dari Langkah 1 di bahagian atas.
  4. Sejukkan dalam peti ais hingga set.

Tip: Untuk elakkan agar-agar berair bila disimpan lama, boleh masukkan sedikit gula batu semasa memasak.

Sumber: Noor Hiadar Mawar

Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago