Anda yang suka buat pencuci mulut di rumah pasti seronok jika dapat tahu ada resepi Puding Karamel kukus yang cukup mudah dengan menggunakan roti Gardenia.
Puding Karamel merupakan pencuci mulut dengan tekstur yang lembut terasa licin di lidah dan digemari hampir semua orang, baik dewasa mahupun kanak-kanak.
Gabungan rasa puding dan kemanisan karamel itu mewujudkan rasa yang tiada tandingannya. Senang cerita, pencuci mulut lain pun susah nak lawan hidangan savori yang popular ini.
Jangan buang lebihan roti Gardenia kerana anda boleh gunakannya untuk buat Puding Karamel seperti perkongsian oleh Zainab Abu Bakar di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Kek Karamel Pelangi, Kombinasi Puding Dan Kek Yang Lembut Serta Gebu
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga gula jadi perang.
2. Selepas itu, masukkan 1 sudu besar air panas dan kacau sehingga sebati, kemudian matikan api dapur.
3. Tuang terus ke dalam loyang dan ketepikan, kemudian panaskan pengukus terlebih dahulu.
4. Sementara itu, koyak-koyakkan roti kemudian kisar bersama air suam, susu, telur dan esen vanilla sehingga sebati.
5. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus selama 45 minit, kemudian setelah sejuk, barulah boleh dipotong. Siap untuk dihidang!
Setelah tahu resepi Puding Karamel kukus yang mudah ini, anda tak perlulah risaukan tentang roti Gardenia yang sudah hampir dengan tarikh luput.
Tak ramai mahir hasilkannya cantik, tapi jika tak kisah tentang rupa dan lebih pentingkan rasa, resepi Puding Karamel kukus ini pilihan tepat buat anda yang pertama kali membuatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Zainab Abu Bakar
Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Cantik Tanpa Gagal, Manis Pun Cukup Rasa!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…