Teringin makan kek lapis tapi susah betul nak dapatkannya sekarang kecuali beli secara online. Jika begitu, anda cubalah resepi Puding Biskut Marie yang bentuknya ala kek lapis.
Sesetengah orang memanggil Puding Biskut Marie ini sebagai kek batik. Ia merupakan pencuci mulut disukai ramai kerana rasanya yang sungguh sedap.
Ramai terpukau dengan resepi Puding Biskut Marie yang dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook kerana warnanya cukup menawan dan memikat. Jom cuba!
Baca juga: Puding Biskut Marie, Rasa Macam Kek Batik Tapi Tekstur Puding Yang Lembut!
RESEPI PUDING BISKUT MARIE
Bahan-bahan:
- 1 peket biskut Marie putih
- 1 peket serbuk agar-agar 10g
- 4 cawan setengah air
- ½ cawan gula
- 2 sudu susu pekat
- 1 biji telur
- ½ cawan susu cair
- ½ cawan santan kara (campur sedikit air)
- 2 sudu besar butter atau marjerin
- ½ cawan tepung kastard
- Esen pandan dan esen vanila
- Secubit garam
Cara-cara:
1. Satukan telur, susu cair, santan, kastard. Whisk sebati hingga tak berketul.
2. Dalam periuk, masak agar-agar, gula, air sehingga larut. Kemudian, tambahkan butter atau marjerin.
3. Masukkan bahan yang di whisk dan masak hingga sedikit pekat. Jangan pekat sangat dan masukkan esen vanila garam dan matikan api.
4. Basahkan loyang dengan sedikit air dan bahagi adunan kepada 2 warna (1 yang pandan 1 yang vanila).
5. Tuang lapisan kuning dalam loyang dan ratakan kemudian susun biskut di atasnya biarkan mengeras sekejap. Boleh masukkan dalam peti ais.
6. Kemudian tuang adunan pink dan susun biskut. Ulang langkah hingga habis adunan. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam. Siap!
Ini antara tips yang anda boleh gunakan semasa mencuba resepi Puding Biskut Marie ini:
- Jika nak keluarkan dari loyang dengan mudah, layer pertama perlu tebal sedikit dan betul-betul memenuhi permukaan loyang.
- Jika adunan mengeras, boleh panaskan balik.
Nampak sedaplah Puding Biskut Marie ini, makan sejuk-sejuk bertambah nikmatnya. Anak-anak pasti suka pencuci mulut warna-warni macam ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Raja Amanina
Baca juga: Resipi Puding Biskut Marie ‘Kurang Manis’, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!