Categories: Resipi

Resipi Air Probiotik Oren Kunyit Untuk Perut Sembelit, Bantu Buang Angin & Turunkan Paras Kolestrol

Ramai sekarang semakin suka cari minuman sihat yang mudah dibuat sendiri di rumah, lebih-lebih lagi yang menggunakan bahan semula jadi. Salah satu yang makin popular ialah resepi probiotik oren kunyit ini kerana rasanya segar, mudah disediakan dan menggunakan bahan yang senang didapati di dapur.

Dalam kehidupan harian yang sibuk, kadang-kadang kita kurang menjaga pemakanan dan pengambilan minuman berkhasiat. Bila badan mula rasa lesu, angin dalam badan atau sistem penghadaman kurang selesa, ramai mula mencari alternatif semula jadi untuk diamalkan setiap hari. Minuman campuran oren, kunyit dan halia ini menjadi pilihan kerana gabungan rasanya yang unik dan menyegarkan.

Apa yang menarik, resepi ini tidak memerlukan teknik yang rumit. Hanya kisar atau gunakan mesin buah, kemudian campurkan semua bahan dan siap untuk diminum. Sesuai diamalkan waktu pagi atau selepas makan untuk rasa lebih segar dan nyaman.

Baca juga: Resipi Jus Retinol Mudah Dibuat Di Rumah, Rahsia Kulit Glowing & Awet Muda Tanpa Skincare Mahal

RESEPI PROBIOTIK OREN KUNYIT

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah oren
  • 1 hiris halia sebesar ibu jari
  • 3 hiris ibu kunyit sebesar ibu jari
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji limau kasturi
  • 1 sudu madu atau gula stevia (optional)
  • Sedikit air jika menggunakan blender

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kulit oren, halia, kunyit dan bawang putih terlebih dahulu.
  2. Masukkan semua bahan bertanda ke dalam mesin buah atau blender.
  3. Jika menggunakan blender, tambahkan sedikit air supaya lebih mudah dikisar.
  4. Kisar sehingga halus dan sebati.
  5. Perahkan limau kasturi ke dalam jus yang telah dikisar.
  6. Tambahkan madu atau gula stevia jika suka rasa sedikit manis.
  7. Kacau rata dan sedia untuk diminum.

Tips tambahan:

  • Jika menggunakan mesin buah, tekstur minuman akan jadi lebih pekat dan lebih ‘pure’.
  • Untuk rasa lebih segar, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum diminum.
  • Boleh diminum tanpa pemanis bagi yang mahu rasa asli bahan-bahan tersebut.

Sumber: Thread cikpuan_yana00

Baca juga: Jus Cuci Usus 4 Bahan Ini Viral Di Threads, Ramai Amal Sebab Perut Rasa Lebih Ringan & Kurang Kembung

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago