Categories: Resipi

Jom Belajar Buat Pretzel Ala Auntie Anne, Guna Bahan ‘Basic’ Je Rupanya!

Jom belajar resepi pretzel ala Auntie Anne’s. Kalau dah pandai buat, tak perlu susah-susah beratur panjang dah!

Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian oleh Hairul Nizam ini boleh dijadikan panduan.

Hasilnya, anda akan menghasilkan pretzel yang rangup di luar dan lembut di dalam. Jimat, sedap dan boleh makan puas-puas!

Baca juga: Fish & Chips Homemade, Resipi Lengkap Dengan Sos Tartar Yang Sedap

RESEPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu segar
  • 1 ½ sudu besar yis
  • 6 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
  • 4 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1/3 cawan baking soda
  • 3 cawan air suam
  • 1/4 cawan garam kasar
  • 8 sudu besar mentega (dicairkan)

Cara penyediaan:

1. Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari).

2. Kemudian, masukkan yis dan kacau. Biarkan lebih kurang 3 minit.

3. Masukkan juga mentega dan gula.

4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.

5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.

6. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.

7. Sambil itu, preheat oven ke 230ºC. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.

8. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas. Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. Renjis dengan garam kasar.

9. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

10. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat, sos karamel atau apa-apa sos yang disukai. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hairul Nizam

Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago