Ada rahsianya kalau nak buat popia sira sambal yang rangup walaupun dah sejuk. Rupanya bergantung pada penggunaan gula dan sos cili di dalam sambal sira.
Nak tahu bagaimana caranya? Ikut saja resipi dan cara penyediaan yang telah dikongsikan oleh Shiha Sazali di bawah.
Bahan-bahan inti popia:
Cara-cara buat inti popia:
1. Sagat kubis dan lobak merah. Kemudian basuh dan toskan sehingga kering. Sayur tak perlu masak sebab akan layu sewaktu menggoreng nanti.
2. Letakkan sayur di atas kulit popia dan gulung dengan kemas.
Bahan-bahan sambal sira:
Cara-cara buat sambal sira:
1. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir,sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Api sedang sahaja, jangan tambah air sebab cili kisar tadi dah ada air.
3. Gula memang kena guna lebih banyak dari cili. Itulah tips untuk bagi popia kekal rangup. Sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik hasilnya.
4. Salutkan popia yang sudah digoreng dengan sambal sira ini. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Shiha Sazali
Baca juga: Cara Buat Kuih Batang Buruk Versi Ekspres, Guna Kulit Popia Je!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…