Pada artikel kali ini, MyResipi ingin kongsikan resepi popcorn caramel yang sering dijadikan kudapan setiap kali kita ke panggung wayang.
Selepas ini, boleh cuba buat sendiri saja di rumah kerana bahan yang diperlukan serta cara membuatnya sangatlah ringkas. Baru lagi puas makan!
Resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Aezach Ar ini juga setanding dengan jenama terkenal. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Baca juga: Resipi Puding Karamel Tanpa Guna Telur, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!
Bahan-bahan:
(Nisbahnya 1:3 = 1 bahagian minyak : 3 bahagian kernel jagung)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak jagung dan mentega.
2. Masukan 2 -3 biji kernel jagung. Biarkan dalam 10 saat. Bila dah keluar bertih bermaksud minyak sudah cukup panas.
3. Masukan semua kernel jagung. Tutup periuk dan biarkan 30 saat. Kemudian alihkan periuk dari api seketika. Biarkan dalam 30 saat lagi.
4. Letak periuk kembali di atas api. Pegang periuk dan goncangkan sedikit supaya minyak dan bertih jagung rata.
Bahan-bahan karamel:
Cara membuat karamel:
1. Masukkan mentega, susu pekat manis dan baking soda. Kacau rata.
2. Gaulkan bersama popcorn dan juga kekacang yang telah dibakar hingga rata.
3. Ambil parchment paper dan lapik di atas dulang pembakar. Tuang popcorn yang digaul caramel tadi. Ratakan.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.
5. Sejukkan popcorn sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi dan gambar: Aezach AR
Baca juga: Resipi Soft Cookies Rangup & Lembut Di Dalam, Makan Satu Tak Cukup!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…