
Resepi perut air asam memang akan buat sesiapa saja terliur. Kuahnya masam pedas, bau belacan bakar pula semerbak satu dapur. Memang automatik selera terangkat!
Rasanya seimbang pedas, ada masam dan ada sedikit rasa lemak dari rebusan perut. Bila dimakan dengan nasi putih panas, memang tak perlu lauk lain pun dah cukup. Ratah pun sedap!
Baca juga: Cara Bersihkan Lidah Lembu Tanpa Bakar, Hasil Lembut Dan Hilang Bau
RESEPI PERUT AIR ASAM

Bahan-bahan:
- Perut lembu (rebus hingga empuk)
- Bahan kisar (cili padi, belacan bakar dan air asam jawa)
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- 1 biji limau nipis
- Bahan hiris (bawang holland, tomato, bawang merah besar dan daun ketumbar)
Cara memasak:
- Rebus perut lembu sehingga lembut. Boleh rebus dalam periuk nasi selama lebih kurang 3 jam, atau guna pressure cooker untuk lebih cepat.
- Kisar bahan kisar iaitu cili padi dan belacan bakar bersama air asam jawa.
- Dalam periuk lain, tuangkan sedikit air rebusan perut tadi. Masukkan perut yang telah direbus.
- Tambahkan bahan kisar ke dalam periuk, kemudian biarkan hingga menggelegak.
- Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya.
- Perah jus dari 1 biji limau nipis untuk menaikkan rasa masam segar.
- Akhir sekali, masukkan bahan hiris iaitu bawang holland, tomato, bawang merah besar dan daun ketumbar.
- Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.
Sumber: Sis Auni
Baca juga: Otak Lembu Masak Lemak Cili Api, Walaupun Eksotik, Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














