Sekiranya anda menginginkan sebuah hidangan pencuci mulut yang mengandungi pelbagai rasa seperti manis, masam dan juga berlemak, apa kata korang cuba resepi pavlova. Untuk pengetahuan korang, nak sediakan pavlova ini tidaklah begitu sukar kerana bahan utama yang diperlukan hanyalah putih telur dan gula sahaja. Jadi mari kita cuba resepi pavlova mudah yang dikongsikan oleh Nurul Ashikin di kumpulan Kongsi Resepi Sedap Dan Mudah di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut

TAHAP KESUKARAN

Easy

Resepi Pavlova Gebu & Rangup

Sekiranya anda menginginkan sebuah hidangan pencuci mulut yang mengandungi pelbagai rasa seperti manis, masam dan juga berlemak, apa kata korang cuba resepi pavlova. Untuk pengetahuan korang, nak sediakan pavlova ini tidaklah begitu sukar kerana bahan utama yang diperlukan hanyalah putih telur dan gula sahaja. Jadi mari kita cuba resepi pavlova mudah yang dikongsikan oleh Nurul Ashikin di kumpulan Kongsi Resepi Sedap Dan Mudah di Facebook.

Kredit : Nurul Ashikin
BAHAN-BAHAN
  • 4 biji putih telur

  • 1 cawan gula castor

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • 1 sudu kecil cuka

  • 1 sudu kecil esen Vanila

BAHAN-BAHAN CREAM:
  • 1 cawan whipped Cream

  • 1/2 cawan gula ising

  • Buah buahan yang masam (strawberry, anggur & kiwi)

Kredit : Nurul Ashikin
CARA PENYEDIAAN
  • Pastikan mangkuk dan pemutar kering dan tidak berminyak, pastikan bersih supaya pavlova cantik.

  • Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak tahu dah okay atau tidak kena terbalik atas kepala dan tak jatuh).

  • Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kacau balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari. Sambil tu panaskan oven 150’c 15min.

  • Bakar pada suhu 140`c selama 1 jam atau 1 jam 15 min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.

  • Pukul whipped cream dan ising sugar sehingga kembang. lapiskan dengan whipped cream dan hiaskan dengan kreativiti masing-masing.

Kredit : Nurul Ashikin

Kredit : Nurul Ashikin

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN