resepi pau kampung

Resepi pau kampung kukus ini memang sedap, terutama bila dimakan panas-panas! Tak perlu beli lagi kerana anda boleh buat sendiri pau kampung kukus yang enak dengan pelbagai inti yang disukai, seperti keledek.

Dengan resipi yang mudah ini, semua orang boleh mencubanya. Tak kisah sama ada anda baru nak belajar atau sudah mahir kerana cara membuat pau kampung ini sangat senang diikuti.

Jika ada yang ingin mencuba, mari kita lihat resipi yang dikongsikan oleh saudari Ila Nabilah Jaaffar di bawah. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya!

Baca juga: Resipi Pau Goreng Kacang Merah Yang Lembut & Gebu, Guna Cara Ini Doh Cepat Kembang!

RESEPI PAU KAMPUNG INTI KELEDEK

resepi pau kampung

Bahan-bahan inti keledek:

  • 1/2 kg keledek oren
  • Gula pasir (kuantiti mengikut tahap kemanisan yang disukai)

Cara-cara buat inti keledek:

  1. Rebus keledek sehingga empuk dan toskan.
  2. Taburkan gula ke atas keledek dan lenyekkan sehingga lumat.

Bahan-bahan pau:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 pek mauripan
  • 1 sudu besar baking powder
  • 5 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 5 sudu besar minyak masak

Cara-cara buat pau:

  1. Gaulkan semua bahan kering, kecuali minyak masak sehingga sebati.
  2. Tambah minyak masak dan teruskan menggaul hingga semua bahan bercampur rata.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli doh. Pastikan jumlah air tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
  4. Uli sehingga doh menjadi lembut.
  5. Perap doh selama 1 jam atau sehingga kembang.
  6. Setelah siap diperap, ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.
  7. Leperkan doh dan letakkan inti keledek di tengahnya.
  8. Tutup inti dan bulatkan semula.
  9. Letakkan pau di atas daun pisang dan kukus sehingga masak.
  10. Selamat mencuba!

Kredit: Ila Nabilah Jaaffar

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN