Categories: Resipi

Resipi Pajeri Rebung Asli Utara, Rasa Sama Macam Lauk Kenduri Dulu-Dulu

Resepi pajeri rebung antara lauk kampung yang digemari ramai dari dulu sampai sekarang. Kuahnya pekat berempah, bau daun kari semerbak dan rasa lemak pedas manisnya memang membangkitkan selera.

Guna rebung segar lagi sedap sebab lembut, tak liat dan bila masak dengan santan serta rempah daging, memang rasa dia padu betul. Setiap suap terasa macam lauk kenduri kampung zaman dulu.

Kalau anda pun rindu masakan tradisional yang penuh aroma, jom cuba resepi pajeri rebung gaya Utara ini. Tak susah pun nak masak, tapi hasilnya memang sedap sampai licin pinggan dibuatnya!

Baca juga: Resipi Pajeri Terung Yang Pekat Memikat, Rupanya Ada 1 Bahan Buat Rasa Lagi Sedap!

RESEPI PAJERI REBUNG ASLI UTARA

Bahan utama:

  • Rebung yang telah direbus
  • 2 paket kecil rempah daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • Santan (ikut kepekatan kuah yang diinginkan)
  • 1 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar gula putih
  • Minyak untuk menumis

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • Rempah empat sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
  • Daun kari secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama rempah empat sekawan serta daun kari hingga naik bau.
  2. Bila dah garing, masukkan rempah daging yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan udang kering, rebung, gula merah dan gula putih. Gaul sebati.
  4. Bila rempah dah betul-betul garing dan pecah minyak, masukkan santan serta kerisik.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan kuah mendidih hingga pekat mengikut cita rasa.

Siap! Pajeri rebung ini sedap dimakan dengan nasi panas, lauk sambal ikan bilis atau telur dadar. Memang terasa aroma tradisional Utara yang ori.

Sumber: Dayang Senandung Azila

Baca juga: Resipi Pajeri Rambutan Ini Sangat ‘Legend’, Orang Dulu-Dulu Je Tahu Kesedapannya

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago