Categories: Resipi

Resipi Pajeon Sedap & Mudah, Pancake Korea Rangup Macam Yoona Masak Dalam K-Drama

Tengah cari resepi pajeon? Kalau anda peminat K-drama, mesti perasan adegan dalam Bon Appétit, Your Majesty bila Yoona Girls’ Generation masak pancake Korea ini. Menu ini terus viral sebab nampak sedap sangat bila dicicah dengan sos.

Sekarang anda pun boleh cuba buat sendiri di rumah! Resepi ini mudah, bahan pun senang cari, hasilnya rangup, wangi dan yang penting rasanya memang ummph, sama macam dalam drama kegemaran anda!

Baca juga: Tak Perlu Ke Korea, Ini Dia Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea Yang Mudah & Sedap

RESEPI PAJEON (PANCAKE KOREA)

Bahan-bahan pancake:

  • 1 cawan tepung gandum serbaguna
  • ½ cawan tepung beras (bukan jenis pulut/manis)
  • ¼ cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar garam kasar (kosher salt)
  • 2 sudu besar minyak bijan sangai (toasted sesame oil)
  • 225 g daging kisar (boleh ganti dengan ayam, lembu atau makanan laut)
  • 6 biji cendawan shiitake kering (direndam dan dihiris nipis)
  • 1 biji zucchini kecil, dibelah dua memanjang dan dihiris bentuk separa bulan
  • 2 cawan daun kucai atau daun bawang (potong 5 cm panjang)
  • 1 biji lobak merah sederhana, hiris halus bentuk batang mancis (matchsticks)
  • 1 biji cili merah panjang (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang kecil (dihiris nipis)
  • 1 cawan kimchi (dihiris nipis)
  • Minyak sayur secukupnya (untuk menggoreng)

Bahan sos pencicah:

  • ¼ cawan kicap soya
  • 1 sudu besar gochugaru (serbuk cili merah Korea)
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 1 sudu teh bijan sangai
  • 2 batang daun bawang (dicincang halus)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara penyediaan pancake:

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, garam dan minyak bijan.
  2. Masukkan 1 ½ cawan air, kacau hingga adunan menjadi cair tetapi masih cukup likat untuk melekat pada jari. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
  3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga sebati dalam adunan, seolah-olah ia “larut” ke dalamnya.
  4. Tambahkan cendawan shiitake, zucchini, daun bawang/kucai, lobak merah, cili, bawang kecil dan kimchi. Gaul sehingga semua bahan disaluti adunan dengan ringan.
  5. Panaskan kira-kira ½ cawan minyak sayur dalam kuali leper non-stick bersaiz 25 cm di atas api sederhana.
  6. Cedok lebih kurang 1 cawan adunan, ratakan menjadi pancake setebal kira-kira 0.8 cm (1/3 inci).
  7. Masak lebih kurang 4–5 minit sehingga bahagian bawah perang keemasan dan adunan pejal. Jangan terbalikkan terlalu awal kerana pancake boleh hancur.
  8. Balikkan pancake perlahan-lahan, masak lagi 3–4 minit hingga garing sekata.

Cara buat sos pencicah:

  1. Dalam mangkuk kecil, campurkan kicap, gochugaru, cuka beras, bijan, daun bawang dan bawang putih.
  2. Kacau rata dan hidangkan bersama pancake.

Sumber: Food Network

Baca juga: Resepi Danmuji, Yellow Pickled Radish Yang Merupakan ‘Side Dish’ Popular Di Korea

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago