PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-12 09:28:13

Nak makan kat luar tapi PKPB! So, apa kata kita cuba resepi Pad Kra Pao yang dikongsikan oleh Fateen Najihah menerusi laman Facebooknya. Sangat mudah untuk disediakan dan tidak perlu susah-susah ke luar lagi untuk rasa makanan thai.

Bahan-bahan

  • Ayam Cincang

  • Daun Basil Segenggam

  • Telur ayam 2 atau 3 biji mengikut citarasa
  • Bawang putih 4 atau 5 ulas
  • 3 Batang cili padi, ikut selera pedas masing-masing.
  • Kicap ABC, Sos tiram,
  • Sos ikan/sotong, garam, gula, kiub pati ayam.

Cara-cara.

1. Mula-mula, goreng telur dulu, asingkan kuning dan putih telur.

2. Tumbuk cili dan bawang putih, kemudian tumis dalam kuali.

3.  Masukkan ayam dan gaul.

4.  Tuangkan kicap, sos tiram, sos ikan/sotong, kiub pati ayam, dan perasa

5.  Tambah air sedikit, kalau nak berkuah boleh letak banyak sikit air mengikut citarasa.

6. Akhir sekali, letak daun basil sekejap lepas tu tutup api.

7.  Hidangkan dengan meletakkan kuah dalam pinggan yang ada telur tadi, kambus telur tadi  dan sedia untuk dimakan.

 

Selamat mencuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN