Rupanya mudah saja resepi onion ring jika ada yang ingin cuba buat sendiri di rumah. Rasanya sebiji sama seperti makan di kafe.
Bahan-bahan yang digunakan juga biasanya ada di dapur kebanyakan rumah. Antara bahan tersebut adalah bawang holland, telur, tepung gandum dan serbuk roti.
Cara penyediaannya pula cukup ringkas dan tidak renyah, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi lengkap seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Lalola Ezzany di bawah.
Baca juga: Resipi Sosej Homemade Guna Isi ayam, Lebih Sihat Untuk Anak
RESEPI ONION RING
Bahan-bahan:
- 2 biji bawang holland potong nipis
- 2 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- Serbuk roti
Cara membuat:
1. Potong nipis bawang atau mengikut ketebalan yang disukai. Selepas itu, celup bawang yang telah dipotong tadi ke dalam tepung gandum kering.
2. Selepas menyalut dengan tepung gandum, celup pula hirisan bawang ke dalam bancuhan telur.
3. Kemudian, salut pula dengan serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan hirisan bawang.
4. Seterusnya, goreng bawang dalam minyak secukupnya yang sudah panas. Goreng sehingga garing dan keperangan.
5. Sedia untuk dimakan bersama sos cili. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Lalola Ezzany
Baca juga: Cara Buat Nugget Ikan Homemade, Snek Mudah & Sihat Untuk Anak-Anak