Apabila ditanya tentang makanan popular di Malaysia, jawapan sudah semestinya Nasi Lemak. Oleh itu, ramai cari resepi Nasi Lemak simple yang sedap macam dibeli di tepi jalan.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan santan kelapa bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala, daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi dimasak bagi menambahkan aromanya.
Biasanya Nasi Lemak digandingkan bersama telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Kini, ramai yang menjualnya dengan pelbagai lauk seperti sambal sotong, telur puyuh, udang dan banyak lagi.
Sudah sering beli di luar, sekali-sekala nak cuba juga buat dengan air tangan sendiri. Jika begitu, anda boleh ikut resepi Nasi Lemak simple dan mudah yang dikongsikan oleh Azy Cullen ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Sambal Ikan Bilis TERPALING Senang, Jangan Skip Langkah Ini Kalau Nak Garing
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, beras 4 pot, cuci bersih-bersih.
2. Selepas itu, masukkan halia, daun pandan, halba dan bawang merah.
3. Kemudian, masukkan santan 1 kotak.
4. Seterusnya, air dan santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah. Kalau terlebih, nasi akan jadi sedikit lembik.
5. Setelah itu, garam satu sudu kecil. Selaraskan bagi rasa lemak masin sikit.
6. Selanjutnya, gula. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh.
7. Akhir sekali, letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji orang kata. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti. Siap untuk dihidang!
Jangan lupa untuk gandingkan resepi Nasi Lemak simple ini bersama sambal yang sedap sewaktu sarapan dan sudah pasti ia dapat memikat selera anda seisi keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Azy Cullen
Baca juga: Resepi Nasi Lemak Pandan, Gabung Ayam Goreng Berempah Lagi Selera
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…