Masak nasi cara kukus memang pilihan yang bijak. Salah satu kelebihan utama resepi nasi kukus ini adalah nasi tak akan berkerak, jadi kita dapat jimat beras. Memang sesuai untuk keluarga yang nak makan dengan puas tanpa risau membazir!
Kalau nak nasi lebih sedap, jangan lupa letak daun pandan dalam air rebusan. Aroma wangi dari daun pandan itu memang buat nasi kukus kita jadi lebih menarik!
Apa yang penting, cara masak ini mudah saja. Dengan beberapa langkah ringkas, anda dah boleh sediakan nasi kukus yang sempurna. Jadi, jom cuba resipi nasi cara kukus ini!
Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!
RESEPI NASI KUKUS WANGI DAN TAK BERKERAK
Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Suhasnida Ismail:
“Saya pun terjebak masak nasi cara kukus. Jimat beras sebab tak berkerak. Yang penting, tak boleh menambah,cukup-cukup sahaja untuk 4 orang makan. Letak daun pandan dalam air rebusan, nasi jadi wangi..!”
Cara-cara:
1. Letakkan air bersama daun pandan di dalam periuk pengukus. Biarkan air mendidih.
2. Sambil tunggu air mendidih, cuci beras dengan bersih.
3. Letakkan beras yang sudah dicuci dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Suhasnida Ismail
Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Legend Ala Tahun 70an, Ringkas Tapi Sangat Lazat!