Resepi nasi goreng ayam merupakan salah satu masakan panas yang sering dipesan di kedai makan. Hidangan ini menyajikan nasi goreng dengan potongan ayam goreng yang diletakkan sos cili.
Kalau cuba masak sendiri sendiri, manalah tahu lagi sedap dari kedai. Cara memasaknya juga bukan sahaja mudah, malah ianya cukup sedap dan boleh membuka selera sesiapa sahaja.
Cik Merpati Putih ada berkongsikan resipi penuh menerusi laman sesawang Facebook miliknya seperti yang dikongsikan di bawah. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!
RESEPI NASI GORENG AYAM ALA KEDAI MAKAN
Bahan-bahan:
- Nasi putih (nasi yang baru dimasak dalam 2 jam, sebab belum keras)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering kisar
- Ayam
- Telur sebiji
- Cili padi (kalau suka pedas)
- Kicap manis/kicap apa pun boleh
- Garam
- Gula
- Ajinamoto
- 1/2 kiub pati ayam
- Sayur yang disukai (sawi, lobak merah, kubis, kacang panjang)
Cara memasak:
1. Cuci bersih ayam. Kemudian lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
2. Goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan seketika sambil memasak nasi goreng pula.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Kemudian, masukkan pula cili kering kisar.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan kicap manis dan pecahkan telur. Kacau rata.
5. Perasakan dengan garam, sedikit gula, kiub pati ayam dan ajinomoto jika suka.
6. Apabila sudah kelihatan pekat dan cukup rasa, masukkan nasi putih dan gaul sehingga bercampur rata.
7. Akhir sekali, masukkan sayur yang disukai. Gaul lagi sehinggs sebati.
8. Nasi goreng sedia untuk dihidangkan bersama ayam goreng yang diketuk dan dicincang. Letakkan sos di atas ayam. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Merpati Putih
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!