Categories: Resipi

Jom Buat Sendiri Nasi Arab Bukhari, Sama Sedap Macam Dekat Restoran!

Resepi nasi bukhari, mendengar namanya sahaja mungkin ada yang berasa menu ini sangat renyah untuk disediakan dan memerlukan banyak bahan. Sebenarnya, resipi ini cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang rumit.

Ibu-ibu bolehlah cuba memasak menu istimewa ini di rumah untuk disajikan kepada seisi keluarga. Anak-anak dan suami pasti akan puji sedap setanding seperti makan di restoran.

Jika anda masih berjinak-jinak dalam masakan, boleh ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah. Hasilnya pasti akan memuaskan hati!

Baca juga: Set Nasi Minyak Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Aneka Lauk Sampingan Lain

RESEPI NASI BUKHARI

Bahan untuk masak nasi:

– 3 cawan teh beras basmathi

Cara memasak nasi:

1. 3 cawan teh beras basmathi dicuci dan direndam dahulu selama 1/2 jam atau lebih.

2. Selepas itu rebus beras separuh masak dan toskan/sejat/tapis.

Bahan perapan ayam:

– 1 ekor ayam dipotong empat dan cuci bersih
– 2 sudu besar meat seosonning American BBQ (atau boleh guna rempah nasi arab untuk perap ayam)
– 2 sudu besar yogurt plain

Cara perap ayam:

1. Gaul semua bahan di atas dan perap bersama ayam 1/2 jam atau lebih. Masuk dalam peti.

Bahan tumis:

– Minyak sapi atau boleh juga guna minyak zaitun
– Rempah empat sekawan
– 2 biji limau kering (Loomy)
– 1 biji bawang besar dihiris
– 5 ulas bawang putih tak perlu hiris
– 1 tin kecil tomato pure
– 2 sudu besar penuh rempah nasi arab
– 1 sudu besar rempah bukhari (optional)
– Garam
– Serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara:

1. Cairkan minyak sapi dan tumis bahan 4 sekawan, limau kering beberapa saat. Masukkan bawang-bawang dan kacau hingga layu. Masuk pula rempah-rempah dah kacau sekejap hingga terbit bau. Kemudian masukkan tomato puri dan sambung kacau hingga sebati.

2. Masukkan bahagian ayam untuk masak bersama nasi. Tuang air hingga tenggelam ayam. Perisakan dengan garam, serbuk perasa dan biarkan ayam masak dalam kuah.

3. Jika ayam dah masak, keluarkan sedikit kuah dan tambah air mengikut kuanti kuah dimahukan untuk jadikan sup. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

4. Masukkan beras yang telah direbus awal tadi dan sukatan air dalam periuk lebih kurang paras ayam. Kacau perlahan-lahan beras untuk sebatikan bersama air rebusan ayam. Tuang sedikit bancuhan pewarna soffron, tabur daun ketumbar dan hirisan lemon.

5. Tutup periuk dan teruskan masak dengan api penuh tapi yang paling perlahan hingga nasi masak. Siap, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Cara Masak Nasi Tomato Paling Simple, Resipi Turun-Temurun Yang Memang Surrr!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

4 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

5 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

8 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

8 hours ago