Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Hainan Homemade, Buat Sendiri Lagi Puas Hati & Cukup Rasa!

Pasti ramai sudah biasa masak nasi ayam bukan? Kali ini apa kata jom tukar selera dengan mencuba resepi nasi ayam hainan pula.

Cara penyediaannya juga cukup mudah jika ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI NASI AYAM HAINAN

Cara memasak:

1. Perkara pertama perlu dimasak adalah air rebusan ayam. Rebusan ini yang menjadi asas pada masakan untuk nasi, sup dan sos sambal.

2. Panaskan setengah air di dalam periuk dan masukkan satu kiub pati ayam. Tak perlu garam. Tunggu sehingga air mendidih, baru masukkan tigh ayam, daun bawang dan hirisan halia. Direbus selama 20 minit.

3. Sementara itu, panaskan kuali. Goreng kulit dan lemak ayam, kemudian campak kayu manis serta cengkih. Lemak dari ayam ini akan kecut dan hasilkan minyak.

4. Basuh dan bilas beras. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga kering.

5. Beras yang sudah kering dimasukkan ke dalam rice cooker. Tuang sedikit demi sedikit air rebusan ayam ke atas nasi, tanak nasi seperti biasa dan taburkan sedikit garam.

6. Ambil ayam rebus dan kukus pula di atas nasi supaya ayam dimasak lebih lama dan lembut.

7. Nasi ayam yang telah siap.

8. Ayam rebus yang dikukus tadi, dipotong kecil dan susun di atas pinggan. Tuangkan sos ke atasnya.

Cara sediakan sos, campur 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair (bukan kicap lemak manis), 2 sudu minyak bijan dan bancuhan air tepung jagung. Kacau sebati dan masak sehingga likat. Kemudian boleh tuang ke atas ayam.

9. Sambal hijau. Perlu ada halia sikit, cili hijau tiga tangkai, daun bawang dan minyak bijan. Mula-mula tumbuk halia dan cili hijau. Bila dah hancur masukkan hirisan daun bawang, sedikit garam dan minyak bijan. Kacau  sebati, siap.

10. Sambal merah. Bahan yang kena ada, cili besar 2 tangkai, cili merah kecik dalam 8 tangkai, 3 ulas bawang putih, sedikit halia. Potong semuanya kemudian masuk dalam blender, masukkan sedikit air rebusan ayam, cuka sesudu, garam gula. Kisar sampai jadi sambal. Siap.

11. Sup. Air rebusan ayam tadi tu, campur sedikit garam. Sup ni tak perlu masin sangat, asal ada aroma stok ayam tu kuat. Kemudian, bila hidang jangan lupa taburkan hirisan daun bawang dan beberapa titik minyak bijan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago