resepi muruku

Sesetengah orang suka habiskan waktu di dapur pada waktu petang untuk buat snek lazat seperti resepi Muruku yang sangat mudah.

Muruku ialah sejenis makanan dari subbenua India yang terkenal di kawasan India Selatan serta Sri Lanka dan merupakan makanan tradisi dalam masyarakat Tamil.

Malaysia merupakan negara berbilang kaum dengan Melayu, Cina dan India sebagai kaum utama yang cukup harmoni, jadi tak hairanlah jika rakyatnya saling menyukai makanan tradisi yang ada.

Pushpalatha Rama Rao telah sudi kongsikan resepi Muruku yang cukup mudah di Facebook tapi hasilnya pedas dan rangup. Jom kita cuba!

Baca juga: Kentang Goreng Panjang Versi Jimat, Rangup Tak Boleh Bawa Bincang!

RESEPI MURUKU

resepi muruku

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung kacang kuda
  • ¼ cawan tepung jagung (tambahan)
  • ½ sudu kecil jintan kecil (ditumbuk)
  • ½ sudu kecil bijan putih
  • Garam secukupnya
  • ½ sudu kecil bijian omam ditumbuk (jika tiada pun tak mengapa)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar planta
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)

Cara-cara membuat:

1. Kacau semua bahan sehingga menjadi seperti doh chappati.

2. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.

3. Campurkan kacang tanah dan daun kari yang digoreng dalam muruku tadi. Siap untuk dinikmati!

resepi muruku

Tak sangka sebenarnya senang saja resepi Muruku ini, jadi anda bolehlah tambah sebagai stok snek yang lazat di rumah buat seisi keluarga.

Tambahan pula, kita akan menyambut Hari Kebangsaan tak lama lagi, jadi apa salahnya kita belajar resepi Muruku yang cukup popular di kalangan orang India ini bukan?

Jangan lupa untuk sediakan bekas yang banyak setelah membuat resepi Muruku ini kerana kami yakin satu bekas saja boleh dimakan sampai habis dalam masa sehari.

Selamat mencuba!

Sumber: Pushpalatha Rama Rao

Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN