Setiap kali kalau sebut je ‘tempoyak’, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Betul tak? Kalau korang nak tahu, masak tempoyak ikan patin juga mempunyai bermacam versi dan sudah tentulah resepi asli dari Temerloh, Pahang menjadi pilihan ramai. Apa yang menariknya, masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur kita sendiri. Walaupun nampak simple tapi percayalah hasilnya memang power! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nisa Cheeszif HQ  di Facebook. Selamat mencuba!

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

Kredit: Nisa Cheezsif HQ

RESEPI TEMPOYAK IKAN PATIN

Setiap kali kalau sebut je ‘tempoyak’, pasti korang semua dah terbayang kelazatannya jika dimasak bersama ikan patin. Betul tak? Kalau korang nak tahu, masak tempoyak ikan patin juga mempunyai bermacam versi dan sudah tentulah resepi asli dari Temerloh, Pahang menjadi pilihan ramai. Apa yang menariknya, masak tempoyak ikan patin Temerloh ini langsung tidak menggunakan bawang. Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin, daun kesum dan juga bahan-bahan lain yang sudah sedia ada di dapur kita sendiri. Walaupun nampak simple tapi percayalah hasilnya memang power! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nisa Cheeszif HQ  di Facebook. Selamat mencuba!

Kredit: Nisa Cheeszif HQ
BAHAN-BAHAN
  • Ikan patin segar.

  • Tempoyak.

  • Cili padi 15 biji.

  • Kunyit hidup seinchi.

  • Daun Kesum.

  • Bunga Kantan.

  • Air.

  • Timun kuning atau bendi sebagai pelengkap.

Kredit: Nisa Cheeszif HQ
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci bersih ikan kemudian letak dalam periuk

  • Tumbuk cili dan kunyit.

  • Setelah kedua-dua bahan lumat, letak tempoyak dan gaul sebati. Masukkan ke dalam periuk ikan tadi. (Kalau mahu kuah pekat letak tempoyak lebih banyak).

  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

  • Masukkan air. Masak sampai menggelegak.

  • Boleh masukkan timun kuning atau bendi sebagai pelengkap untuk menambah sedap.

  • Masukkan garam dan aji sebagai perasa.

Kredit: Nisa Cheeszif HQ

Kredit: Nisa Cheeszif HQ

Kredit: Nisa Cheeszif HQ

Selamat Mencuba

Kredit: Nisa Cheeszif HQ

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN