Kalau korang suka makanan Jepun mesti korang familiar dengan mochi. Mochi ini salah satu manisan yang berasaskan tepung pulut jadi ia kenyal dan sangat lembut.
Jadi, apabila mochi itu dicampur bersama ais krim makan ia dua kali ganda lebih sedap kerana lembut dan cair di dalam mulut begitu sahaja. Jom cuba resepi ais krim mochi ini.
Bahan-bahan
- 50 gram tepung pulut
- 100 gram gula pasir
- 100 ml air
- 1 sudu besar pewarna kesukaan
- Tepung jagung secukupnya
- Ais krim
CARA PENYEDIAAN
- Bulatkan ais krim menggunakan scoop khas untuk ais krim mengikut berapa banyak yang anda mahu. Kemudian ais krim tadi di simpan semula di dalam peti sejuk beku.
- Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian kukuskan sehingga teksturnya berubah likat dan berkilat.
- Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas adunan mochi tadi supaya penggelek tidak melekat di atasnya. Gelek sehingga rata.
- Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
- Masukkan ais krim yang sudah disejuk beku tadi ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
Siap dan selamat mencuba!
Sumber: Makan Lena