Categories: Resipi

Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Dah Kenyang Pun Rasa Nak Makan Lagi

Sedap juga kalau dapat makan mee goreng basah macam dekat kedai. Jangan risau kalau tak pandai buat, ikut je resepi mi goreng basah yang telah dikongsikan oleh Veera Saravanan ini.

Menurut Veera, terdapat beberapa jenis sayur yang sebaiknya dielakkan kerana ia boleh mengganggu rasa mee goreng ini. Untuk mengetahui resipi lengkap dan cara penyediaannya, lihat panduan di bawah.

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

RESEPI MI GORENG BASAH ‘BELEMUIH’

Bahan-bahan:

  • 1 kg mee kuning, rendam dalam air panas selama lima minit
  • 1 peket fish ball, potong nipis
  • 1 peket fish cake, potong nipis
  • 300 gm sawi hijau, potong dalam 5 cm
  • 3 biji tauhu putih, potong kecil dan goreng dahulu
  • 1 biji bawang besar, mayang halus
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 sudu besar serbuk cili merah
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 4 biji telur ayam
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan tauhu, fish cake, dan fish ball. Tambahkan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Letakkan batang sawi dan ketuk-ketuk sedikit supaya lebih lembut. Tambahkan serbuk cili dan kacau rata.
  4. Masukkan mee kuning yang telah direndam dalam air panas. Tambahkan kicap pekat dan sos cili. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
  5. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sehingga kuah agak pekat.
  6. Masukkan daun sawi dan kacau rata.
  7. Pecahkan 4 biji telur ayam ke dalam kuali. Taburkan sedikit lada sulah dan garam di atas telur. Kacau semua bahan menggunakan dua senduk supaya lebih mudah. Gunakan api tinggi semasa memasukkan telur.
  8. Rasa garam dan jika sudah memadai, tutup api.

Mee goreng basah siap untuk dihidang. Untuk menambah variasi, anda boleh menambah kobis atau tomato jika suka, tetapi elakkan menambah tauge dan lobak merah kerana ia boleh mengganggu rasa hidangan ini. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Veera Saravanan

Baca juga: Resipi Mee Goreng Daging Laku Keras, Tumis Guna Bawang Putih Je Dah Cukup Sedap

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago