mi goreng basah sedap

Mi goreng basah sedap sering menjadi pilihan kerana mudah disediakan bila-bila masa. Hidangan ini sesuai dijadikan menu sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam, bahan-bahannya ringkas dan cepat dimasak.

Gabungan mi kuning bersama udang, ayam dan fishball menjadikan rasanya lebih lengkap serta tidak muak walaupun dimakan berulang kali. Sos yang digaul seimbang pula membantu mi kekal lembap dan tidak kering.

Baca juga: Cara Masak Mi Kuah Tulang Versi Utara, Resipi Paling Padu Confirm Tak Cari Lain!

RESEPI MI GORENG BASAH SEDAP

mi goreng basah sedap

Bahan-bahan:

  • Udang, ayam dan fishball (digoreng berasingan, kemudian ketepikan)
  • 3/4 biji bawang besar(dikisar bersama 5–6 batang cili kering)
  • 1 paket mi kuning (dibasuh dan ditapis)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • Kicap manis secukup rasa
  • Kicap pekat (1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan air
  • Sayur-sayuran mengikut cita rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kering dan bawang besar yang telah dikisar, tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan mi kuning, sos tiram, stok ayam, sos cili, kicap manis dan kicap pekat. Gaul rata dan tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap kebasahan yang diinginkan.
  3. Masukkan udang, ayam dan fishball yang telah digoreng tadi. Gaul seketika sehingga semua bahan sebati, kemudian tutup api.
  4. Untuk sayur, rebus secara berasingan. Tambahkan 1 sudu besar minyak ke dalam air rebusan supaya sayur kekal hijau dan berkilat. Sayur seperti sawi pendek atau kailan sesuai direbus dan dihidangkan berasingan daripada mi.

Nota: Elakkan penggunaan kicap pekat berlebihan kerana boleh menyebabkan rasa pahit.

Sumber: Nawal Lope Zainal Abidin

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Basah-Basah, Setiap Kali Masak Mesti Licin Punya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN