Categories: Resipi

Resipi Mee Suah Tiram ‘Taiwan Style’, Buat Sendiri Dijamin Halal & Tak Was-Was!

Resepi mee suah ini cukup ringkas dan mudah untuk disediakan. Untuk pengetahuan anda, mee suah merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung gandum dan lebih kurus.

Bagi anda yang tidak pernah merasainya, resepi oleh Encik Hasbullah Ahmad ini amat berbaloi untuk dicuba. Berikut adalah cara memasak dan bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Jom Masak Sendiri ‘Hokkien Mi’ Chinese Style, Susah Nak Jumpa Yang Halal

RESEPI MEE SUAH TAIWAN STYLE

Bahan-bahan hiasan:

1) Minyak/bawang goreng: Goreng bawang merah yang dihiris nipis dengan sedikit minyak. Bila dah garing, toskan bawang untuk hiasan. Minyak boleh simpan ke tepi untuk tuangkan ke atas sup setelah masak.

2) Isi ayam: Isi ayam direbus dan diracik-racik

3) Tiram: Tiram dibersihkan dengan air dan sedikit garam. Setelah bersih, celup dalam bancuhan air dan tepung kanji. Rebus tiram sekejap sehingga masak dan simpan ke tepi. (Tujuan salut dengan bancuhan kanji, supaya tiram tak kecut dan juicy sikit)

4) Minyak cili: Ikut citarasa sendiri. Saya guna serbuk cili api, bawang putih, halia, bijan dan sedikit minyak. Yang penting tak hangit dan ada aroma/pedas cili. Nak senang lagi, beli minyak cili atau sambal udang kering di pasar raya.

5) Daun ketumbar/sup/parsli: Ikut citarasa, hiris halus.

6) Cuka hitam: Sebagai perisa tambahan/kondimen

Untuk sup/mi:

1) Rebus sotong kering dengan kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai), bersama dengan air atau stok ayam, kicap masin, sedikit gula, hirisan halia, bawang putih, sedikit serbuk ketumbar dan lada putih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan dalam 6 hingga 7 minit sebelum bahan campuran tadi ditapis keluar.

2) Buka kembali api dan masukkan bawang goreng. Bila mendidih, masukkan mi sua dan rebus sehingga mi masak/lembut. Boleh potong dengan gunting untuk bagi mi dia pendek sikit. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan ubah suai rasa secukupnya.

Masukkan minyak yang diguna sewaktu goreng bawang tadi.

3) Hias dengan bahan-bahan hiasan/topping yang dinyatakan.

NOTA: Kalau buat kuantiti yang banyak (hidang untuk lebih 2 hingga 3 kali), asingkan sup dan hanya rebus mi bila hendak dihidangkan. Jadi mi tidak terlajak kembang.

Kredit: Hasbullah Ahmad

Baca juga: Sosej Tongmo Versi Halal, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi!

Wan N

Recent Posts

Ayam Kerutuk Kuah Pekat Ala Kampung, Rempah Meresap Sampai Ke Isi Jadi Lebih ‘Umph’!

Kalau suka lauk berkuah pekat dan penuh rasa rempah, ayam kerutuk memang antara menu yang…

34 mins ago

Cara Membuat Roti Boy Homemade, Topping Kopi Wangi Dan Inti Mentega Cair Dalam Mulut

Cara membuat roti boy homemade sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Dengan doh roti yang lembut,…

2 hours ago

Cara Buat Dumpling Udang Hanya Guna 5 Bahan, Inti Lembut & Harum Dengan Minyak Truffle

Cara buat dumpling udang ini sesuai untuk anda yang mahu menyediakan sarapan yang lebih menarik…

2 hours ago

Resipi Bihun Pink Masam Manis, Warna Cantik Bukan Dari Pewarna Tapi Guna Sos RAHSIA

Bihun goreng pink antara menu yang cukup menarik perhatian kerana warnanya yang merah jambu, berbeza…

2 hours ago

Bukan Daging Tapi Kulit Ayam 10kg Nak Dibeli Demi Isi Perut Anak-Anak… Kisah Ayah Ini Buat Ramai Nangis

Harga kulit ayam yang dijual pada harga RM3 sekilogram membuatkan seorang lelaki mengambil keputusan membeli…

18 hours ago

10 Jenis Bunga Yang Boleh Guna Dalam Masakan, Bunga Kantan & Telang Paling Popular!

Kalau sebut jenis bunga yang boleh dimakan, mungkin ramai terus teringat bunga telang atau bunga…

18 hours ago