Bosan juga asyik masak mi kuning, kali ini apa kata jom cuba resepi mee sanggul yang popular dalam kalangan orang utara.
Tekstur mi ini lebih nipis dan lembut. Oleh sebab itu ramai yang lebih menggemari mi sanggul berbanding mi kuning
Jika ada yang belum pernah mencuba jenis mi ini, anda boleh cuba memasaknya dengan merujuk resipi oleh Puan Wan Shaida di bawah.
Baca juga: Resipi Mee Celup Ala Thai Tak Cukup Semangkuk, Padu Sampai Berpeluh Dahi!
RESEPI MEE SANGGUL SEDAP
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Mi sanggul
- Bawang kecil/bawang besar
- Bawang putih
- Cili kisar 5 sudu besar
- Telur ayam 2 biji
- Gula melaka
- Garam
- Sos cili 10 peket kecil (guna botol pun boleh)
- Sayur sawi kecil
Cara memasak:
1. Rendam mi sanggul selama 15 minit. Jangan direbus kerana mi boleh menjadi kembang.
2. Sambil tunggu mi sanggul siap direndam, tumbuk bawang kecik/bawang besar dan bawang putih.
3. Kemudian, tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
4. Apabila bawang sudah garing, masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
5. Seterusnya, masukkan sotong, telur, gula melaka, garam dan sos cili. Kacau rata.
6. Akhir sekali, masukkan mi yang sudah siap direndam dan juga sayur sawi.
7. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Wan Shaida
Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!