mee lidi

Mee lidi goreng seafood adalah hidangan yang mudah dan sedap. Anda boleh mengubah lauk seafood mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati dan tidak rumit. Anda hanya perlu beberapa bahan asas seperti bawang, cili, dan sos untuk memberi rasa yang sedap.

Proses memasaknya pun tidak mengambil masa yang lama, jadi anda boleh menikmati hidangan ini dalam masa yang sekejap. Mari kita lihat cara penyediaannya!

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Kosong, Warnanya Yang Cantik Buat Hati Tertawan!

RESEPI MEE LIDI GORENG SEAFOOD

mee lidi

Bahan-bahan:

  • Mee lidi / Mee kuning
  • Bawang merah, bawang putih, dan cili kering (dikisar)
  • Sos tiram, sos cili, sos tomato
  • Kicap pekat / kicap cair
  • Sos ikan
  • Udang
  • Sotong
  • Fish ball
  • Sawi
  • Tauge
  • Cili merah, cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili kering yang telah dikisar.
  4. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato.
  6. Tambahkan sotong, udang, dan fish ball. Gaul hingga rata.
  7. Masukkan mee kuning atau mee lidi bersama sayur sawi dan tauge.
  8. Gaul sehingga semua bahan sebati dan bercampur rata.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  10. Tambahkan hirisan cili merah dan cili hijau.
  11. Hidangan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Shamsila Abd Rahim

Baca juga: Resipi Mi Kicap Homemade, Punyalah Sedap Terus Teringat Sampai Esok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN